Friday, 6 June 2014

New MIRANDA Long Shawl in the House....

Alhamdulillah...ink skali lagi mengeluarkan Long shawl untuk gurgurls yang kat luar sana tu peminat long shawl... 

Shawl ni di kelim di tepi agar nampak kemas. Selain itu juga kain yang kami pilih ni dari chiffon yang amat sesuai untuk cuaca di malaysia, yang agak panas, ringan dan mudah untuk dibentuk. dan yang paling syok kain chifon ni tak mudah kedut..so kalau la nak bawak travel pon mudah jer ..tak perlu la nak risau nak cari iron plak nanti..hihi... jom tengok... kot ada yang berkenan kan... 


Type: Long shawl 
Material: high quality chiffon 
Size: 1.8m x o.75m 
1 pcs = Rm30.00 
2 pcs = Rm 27.00 
3 pcs n above = rm 24.00 only!!! 
Wholesale = may discuss the price 

Grab now !!! SEMENTARA STOK MASIH ADA

YANG PASTI INK xakan mengeluarkan corak yg sama akan datang..

*10% different from original color due to lighting*s





MIRANDA LONG SHAWL
MIRANDA 01
AVAILABLE


MIRANDA 02
AVAILABLE


MIRANDA 03
AVAILABLE


MIRANDA 04
AVAILABLE


MIRANDA 05
AVAILABLE


MIRANDA 06
AVAILABLE


MIRANDA 07
AVAILABLE


MIRANDA 08
AVAILABLE


MIRANDA 09
AVAILABLE


MIRANDA 10
AVAILABLE


MIRANDA 11
AVAILABLE


 MIRANDA 12
AVAILABLE


 MIRANDA 13
AVAILABLE


 MIRANDA 14
AVAILABLE


 MIRANDA 15
AVAILABLE


 MIRANDA 16
AVAILABLE


 MIRANDA 17
AVAILABLE


 MIRANDA 18
AVAILABLE


 MIRANDA 19
AVAILABLE


 MIRANDA 20
AVAILABLE


 MIRANDA 21
AVAILABLE


 MIRANDA 22
AVAILABLE


MIRANDA 23
AVAILABLE


 MIRANDA 24
AVAILABLE






Thursday, 20 February 2014

MACAM COMEL JER...

Selamat Hari Jumaat semua....

Hari ni Ink bangun awal sangat.. sebab semalam tido awal.. penat travel dari Kul - Penang  flight kul 7 pagi tu.. and Penang - Kul belah petang plak mau tak penat weh..

tapi bagun bagi ni dah segar.. terus buka internet tengok apa yang menari ari ni.. hehe..tetiba ink tertengok gambar kucing yang comel sangat.. n sangat kelakar.. ketawa ink tengok aksi comel kucing ni...

kalu nak taw ink ni peminat kucing yang sangat tegar taw.. hehe.. umah ink dah ada kucing 5 ekor taw.. seronok ada tempat kita nak bermanja..hehe..

OK jom kita tengok kucing comel ni..








HEHEH....comel tak... aksi-aksi comel... have fun.. 

Wednesday, 19 February 2014

SERI PENGANTIN... PETUA KULIT BERSERI DAN BERSIH.

Assalamualaikum...

pejam celik dah masuk bulan 2 kan... nanti nak masuk bulan ramadhan plak aduh.. cepat nya masa berlalu... 
emmm tapi ink nak citer ni.. pasal musim kahwin .. ramai dah sekarang plan nak kahwin cuti-cuti sekolah ni kan.. ink pon rasa nak kahwin hahahah.... 

so kali ni ink nak bagi petua bagi bakal-bakal penganti supaya cantik berseri-seri nanti.. ink pon nak cuba ..ni.. jom lah kita sama-sama amalkan..benda baik ..kan ...

"Kulit anda merupakan organ terbesar badan anda yang mana bermaksud menjaganya adalah sangat penting untuk kesihatan dari kepala ke kaki."

Walaupun anda tidak boleh menghentikan proses penuaan secara drastik, anda boleh memperlahankannya mengikut tahap sel kulit anda. Dan ia mungkin akan mengejutkan anda jika anda mengetahui bahawa untuk berbuat demikian, anda hanya cuma perlu menghabiskan masa yang banyak di kedai runcit untuk hasil yang optimum. Berikut adalah empat rahsia untuk bagaimana anda boleh mendapatkan kulit yang bersih, lembut, segar dan kelihatan berseri:

Menguasai perkara asas
Pastikan anda ingat perkara-perkara asas seperti tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam, minum banyak air untuk diminum, gunakan pelindung matahari sekurang-kurangnya 30 SPF setiap hari, jangan merokok, dan sekiranya anda seorang yang mengambil minuman alkohol, tolong minimakan pengambilannya. Ini kerana sinar UV, asap rokok dan alkohol semua mempercepatkan penuaan kulit, di permukaan dan di lapisan kulit dipanggil dermis.

Makan lemak omega -3
Beri makanan pada kulit anda dengan baik seperti ikan salmon, sardin, flaks, minyak 'canola', walnut atau telur setiap minggu. Makanan yang berkhasiat untuk kulit yang kaya dengan lemak omega- 3 adalah satu kumpulan asid lemak penting yang mana badan anda tidak boleh membuat dengan sendiri. Lemak omega -3 membantu menyediakan satu halangan pelindung kepada sel-sel, membolehkan mereka untuk memegang lebih banyak air. Ini kerana mereka menjaga membran sel untuk kulit yang sihat dan cukup lembut untuk membolehkan nutrien masuk. Selain itu, mereka juga memainkan peranan dalam mengawal kadar pengeluaran pro -radang, yang boleh mempercepatkan proses penuaan kulit.

Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang berona jingga
Mengidamkan kulit sawo matang? Ketepikan cahaya matahari, sebaliknya pergi dapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berona jingga gelap seperti aprikot, keledek dan labu. Bukan sahaja mereka dipenuhi dengan super antioksidan beta karotena, tetapi satu kajian pada tahun 2011 telah mendapati bahawa memakan beberapa hidangan yang berwarna terang akan mempertingkatkan keserian seseorang dan memberikan mereka rupa warna kulit yang lebih 'warm'. Bonus: makanan ini kaya dengan vitamin C, salah satu antioksidan kulit anda yang larut air.

Nikmati bahan pelindung matahari yang boleh dimakan
Kajian yang dibuat sebelum telah mendedahkan bahawa sebatian dalam teh, coklat, tomato dan 'kale' boleh bertindak sebagai SPF semula jadi untuk kulit kita yang mana berpotensi untuk membantu melindungi kita daripada bahayanya penuaan kerosakan UV. Tetapi jangan lupakan krim pelindung matahari juga ya!

Friday, 29 November 2013

SAPA NAK CANTIK...JOM TENGOK NI...

INK ni teringin sangat nak jadi jurumekap...emm geram sangat kalau tengok orang yang makeup yang comel...flawless..cun .. 

aduh... sangat mempersona kalau tengok jurumekap ni dia make upkan pengantin ker .. artis ker cantik sangat kan... 

btw.. INK dan search tip make up.. so boleh la kita juga belajar cara nak make up yer.. 


Tengok mcamaner dia buat muka kita yang tak berapa cantik jadi sangat cantik..cuma dengan teknik yang betul jer.. kan.. ish.. betul-betul tak sangka "kuasa" make up ni... buat orang tertipu kan... 

ha... tengok betul-betul.. pahtu..praktik kan.. moga berjaya.. 

ni hah lagi jelas ..jom tegok...





Ni plak mcam aner dia ajar kita ..untuk apply highlight contour ni... emmm mcam senang jer kan.. tapi bila ink cuba jadi ntah pape jer.. .. huhu... tak per ..usaha tangga kejayaan kan...


Wednesday, 18 September 2013

EIII ... GARANGNYA...

Assalamualaikum... 

selamat pagi dan salam sejahtera.

Ari ni ink rasa geramm sangat.. ... pepagi dah ilangkan mood ink jer.. taw..nak wat keje.. pon rasa dah totally out...

pepagi dah jerit-jerit kat telinga ni..semalam dan jerit ari ni pon nak jerit lagi...aduh sakit la kepala ... tak leh nak cakap lek lok ker... ink taw la mana-mana tempat keje pon stress kan dear..tapi kalu dah hari-hari kene jerit sana jerit sini..rasa mcam fed up dah... kita buat keje pon atas arahan..bukan pepandai buat pon kan.. dah tu last kita plak yang disalahkan..emmm stress rasanya..kalau di ikutkan hati dan perasaan nak jer angkat kaki kan.. tapi bila pk balik... - ish tak baik plak buat macm tu kan.. 

Cuba bayangkan kesalahan orang lain kita yang kene tanggung dan kene maki n marah-marah...dah la ink ni hati haluuss taw.. rasa kadang-kadang nak menitis ari mata.... Dah banyak kali dah pon menitis ari mata... sedih sangat... salah kita pon ..tak kan nak kena maki dan marah mcam rupa kita dah buat bisness tu lingkup ke apa kan... 


tapi tak per ...berkat kesabaran kita ni.. kita belajar untuk bersabar kan.. pengalaman wat hati kayu ni banyak faedahnya... kita lebih matang dalam membuat keputusan... hahha..sebagai contoh..kita tak bertindak melulu..tanpa pk dulu... ..kita akan lebih tenang kalu dalam keadaan mcam ni..dan kita akan berfikir sejenak apa kita nak buat dan apa kita nak cakap..so...kita akan lebih cool...hahah... dan lebih bijak dalam menangani masalah ...



hehe...tapi nak kata ink ni.. dah boleh menangani seme masalah dalam sekellip mata tu bohong la.. ada masa ink diam jer.. n kalu rasa tak tahan sangat.. ink pasti akan menitis air mata lepas tu ink dah tenang... duduk balik tempat ink dan buat keje mcam biasa... 

apapon.. sabar tu saparuh dari iman... kalu kita dipihak yang benar ...tegakkan lah..tapi kalu kita mmg salah..mengaku salah jer lah.... yang penting happy.. enjoy... dan nikmati hidup ini sebelum terlambat.. 

Tuesday, 10 September 2013

The Day I Hate The Most...

Assalamualaikum...

nape tetiba ink bagi tajuk tu... nak taw nape... sbb ari ni paling "annoying day" lah...
seme orang yang bekerja mesti la akan mengalami masalah sama mcam ink.. stress dengan bos, dengan supervisor, dengan orang bawahan n dengan orang sekeliling ...

Tapi hari ni mmg ink tak leh nak tahan dah... kemarahan yang membuak... ish.. geram rasa nak cekik jer... orang yang berkenaan ..nak wat keje pon dah rasa ralat dah ni..mood dah lari taw tak...
tu yang terpaksa luahkan kat lam blog ni jer...

Kalau diikutkan hati ni mau ajer nk "sound" jer budak tu...

ooohh sori ya..tak faham ek apa ink citer emm ok... kita mula dari awal citer bagi seme faham..
seme orang yang bekerja pasti ada "job description" atau skop keje.. maknanya ada dah tugasan apa yang dia kene buat sepanjang dia bekerja kat situ sebagai jawatan yang disandang la..lagi tinggi jawatan mestilah lagi besar tanggungjawab kan...

ok adalah sorang minah.. alim-alim kucing ni... (bukan nak mengata.. tapi rasa dia tak layak nak wat alim tapi tak de sifat orang alim pon). Minah tu.. adalah my asisstant.. so dia sepatutnya menerima arahan dri ink lah kan.. tapi dia ni orang Melaka.. ish.. mmg bahasa dia kasar giler..rasa tiap kali kalau dia buka mulut tu ..rasa nak lempang sampai tercabut seme gigi dia tu...

Boleh la plak dia pertikaikan keje dia .. ish nak jer aku cekik minah ..dah bagi keje buat jer lah.. ni duk bising bila bagi keje... pahtu... duk sembang tu .. kira ko makan duit gaji buta la selama ni... ..emm malaslah nak pertikaikan halal ke tak halal gaji dia..plak.. banyak lagi ink nak pk. Tapi kalau bab minah ni...ish naik darah ink ni...

Tak per selagi ink boleh sabar ....ink sabar yer... tengok la nanti kalau ink meletop..tak taw apa yang jadi nanti...



Wednesday, 10 July 2013

RAMADHAN TIBA LAGI... ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah kita dah pon sampai ke bulan Ramdhan...dan akan menjalani ibadah puasa selama sebulan kan... emmm seronok sangat bila mengenangkan kenangan lama bila berpuasa kan... mcam-mcam ragam... tapi sekarang dah moden..budak-budak pon dah pandai dan boleh tahan puasa satu hari...emm kepada yagn boleh puasa tu... sila la puasa ..itukan wajib tapi kepada yang dibenarkan untuk tidak puasa tu... jgan lupa ganti puasa taw nanti..

hehheh... ok.. ink nak kongsi sikit ilmu kepada kekawan mengenai fadhilat bulan puasa ni..emm banyak taw..rugi kalau kita sia-siakan bulan yang penuh kerahmatan ni..tahun depan belum tentu kita dapat bertemu dengan bulan ramadhan lagi kan... sbb jodoh, ajal dan maut semua di tangan tuhan...

Tiap-tiap hari ada fadhilat nyer...jom kita amati dan selamat beramal yer... moga dipermudahkan segalanya..aminn...

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapatmengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.

Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.



Hebatnya ganjaran yang ALLAH bagi kepada kita andainya puasa kita setiap hari di bulan RAMADHAN, DITERIMA oleh ALLAH SWT.

Sesungguhnya kita berpuasa dengan penuh ketakwaan (yakni ketakutan) kepada ALLAH akan mendapat ganjaran yang tidak ternilai...insyaALLAH!

Tapi jika kita berpuasa tanpa takwa kepada ALLAH, dikhuatiri puasa kita itu akan menjadi SIA-SIA sahaja...