Emmm tahun Disember dah pon nak habis...rasa mcam baru jer kan tapi pejam celik pejam celik dah hujung tahun...emm tambah la umur kita kan...emmm itu yang tak best kan...makin tua la kita...
tapi ada yang best ujung-ujung tahun ni...hah...jom baca pengumuman kat bawah ni..mesti ramai yagn suka...heheh....
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, jumlah tertinggi bagi tempoh lima tahun terakhir ini.
Tahun lalu agihan pendapatan ialah sebanyak 7.65 sen seunit.
Peruntukan bagi pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, meningkat 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion pada 2011.
Peruntukan bagi bonus pula berjumlah RM712.21 juta berbanding RM600.4 juta tahun lalu
Perincian Dividen mengikut tahun sebelumnya.
Hah ..apa lagi korang cepat-cepat la cek akaun korang kot-kot dapat durian runtuh manalah kita taw kan...tuah badan la tahun ni...