Friday, 16 November 2012

MENCARI TITIK TAUBAT...buat pedoman





Semalam ada tengok citer drama kat tv3, rebah taubat. agak menyentuh cerita dia. kisahnya isteri dia telah lari dari rumah semata-mata ingin mengecapi kemewahan oleh kerana si suami tidak mampu dalam memberi kemewahan. tapi kehidupan mereka bahagia sekiranya perasaan rasa tidak cukup dan tidak bersyukur itu tidak timbul.

Bak kata pepatah manusia slalu sangat akan rasa tak cukup bila dada tak dipenuhi iman. tapi di akhir cerita, selepas 2 tahun si isteri pulang ke pangkal jalan dan ingin memohon keampunan kepada si suami. namun si suami enggan memaafkan si isteri kerana disahkan mengandung anak hasil dari hubungan si isteri dengan lelaki lain.

tuhan itu maha kaya, si isteri terus-terusan ditimpa bala, semasa sarat mengandung, dia di uji oleh Allah dengan penyakit misteri, badan nya kepanasan tidak kita malam atau siang. kulitnya mengelupas dan bernanah. sampai meracau-racau.

sehinggakan keluarga si isteri terpaksa merayu kepada si suami untuk memaafkan segala perbuatan si isteri tersebut. sejahat manapun manusia itu, mesti ada sedikit belas kasihan kan...akhirnya si suami dapat memaafkan si isteri di kala panggilan sikratul maut makin dekat. Dengan kuasa Allah, si isteri menghembuskan nafasnya dengan tenang.

.......................

Apa yang dapat disimpulkan disini, Allah menjanjikan kepada manusia bahawa syurga itu sentiasa menanti kepada mereka yang taat dan patuh kepada 3 perkara:-
1. Taat dan patuh kepada segala perintah Allah
2. Taat dan patuh kepada rasul dan sunnahnya
3. Taat dan patuh kepada suami.

insyaallah,syurga akan menanti di sana..semoga kita mendapat pedoman dari cerita ini dan menjadikan ikhtibar kepada saya dan juga kepada pembaca di luar sana.

No comments:

Post a Comment